Unit Penilaian Harta.

OBJEKTIF  
Mengendali dan mengurus semua harta-harta Majlis  
Memastikan setiap harta yang mempunyai nilai komersial digunakan untuk menghasilkan pendapatan tambahan. 
Menyedia kertas kerja serta membuat rumusan projek usahasama dan penswastaan.       
 
FUNGSI
Menyediakan senarai penilaian dan notis penilaian taksiran cukai assismen.
Menetapkan rayuan tribunal perkadaran untuk mendengar rayuan/bantahan penilaian kadaran hartanah. 
Menyedia perintah kadar Majlis Menyediakan tuntutan caruman membantu kadar harta kerajaan negeri dan persekutuan. 
Mengurus permohonan serahan/pindah milik tanah infrastruktur kepada Majlis.  
Mengurus permohonan letak hak tanah kerajaan kepada Majlis.  
Menyediakan laporan maklumat hartanah bulanan kepada NAPIC (Pusat Maklumat Hartanah Negara) 
Menyimpan dan mengemaskini maklumat harta tanah Majlis.     
Menyediakan surat perjanjian sewa-menyewa.
Menyediakan pembaharuan surat perjanjian sewa-menyewa.
 
SENARAI PENILAIAN BANGUNAN DAN KADAR DALAM KAWASAN PERCUKAIAN MAJLIS. 
A. KESELURUHAN KADAR  HASIL PEKAN KENINGAU (PELAN NO. 12150021/B)
(1) Maksud Am 
- Komersial/ Bangunan Perindusterian - 7.00%
- Kediaman/ Lain-lain Bangunan - 5.00%
- Tanah Kosong - 0.25%
- Pembentungan/ Saluran Najis - 2.00%
PEKAN KECIL SOOK (PELAN NO. 9459)
- Kadar Maksud Am - 5%